Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua pusat pemindahan banjir dibuka di Baling


Tarikh kemaskini: 09/10/2019





ALOR SETAR, 9 Okt -- Seramai 145 orang membabitkan 49 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Baling selepas kediaman mereka dinaiki air malam tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Baling, Shamsul Izrin Isahak berkata banjir ini adalah yang kedua berlaku dalam tempoh seminggu selepas yang pertama pada Sabtu lepas.

Katanya, sehingga pukul 6 pagi tadi seramai 139 penduduk daripada 47 keluarga ditempatkan di PPS Kompleks Sukan Batu 42 dan enam mangsa daripada dua keluarga di PPS Dewan Tun Razak (Lama).

“Banjir kali kedua ini berlaku disebabkan hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan Sungai Ketil melimpah hingga satu meter dan menenggelamkan rumah di tepi sungai dan kawasan rendah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, antara kampung yang terjejas ialah Kampung Tanjung Merbau, Kampung Lubuk Pedati dan Kampung Pantai dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayu dan Kupang.

"Semua mangsa dipindahkan ke tempat yang selamat dan diberikan segala keperluan antaranya selimut, tuala, kemeja T, kain pelikat dan kain batik selain makanan bagi memastikan mereka terjaga dengan baik," katanya.

Banjir pada Sabtu lepas menyebabkan 101 mangsa daripada 43 keluarga dipindahkan ke empat PPS sebelum dibenarkan pulang pada Isnin.

-- BERNAMA
 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel