Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

2,500 kanak-kanak bakal hasilkan kolam terpanjang di Kelantan sempena Deepavali


Tarikh kemaskini: 08/10/2019




KOTA BHARU, 8 Okt -- Seramai kira-kira 2,500 kanak-kanak pelbagai bangsa dijangka menghasilkan hiasan tradisional kolam terpanjang di Kelantan sempena sambutan perayaan Deepavali pada 26 Okt ini.

Penghasilan kolam itu, yang merupakan tradisi masyarakat India, akan diadakan menerusi Program Kolam Kreatif anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan.

Pengarahnya Norwahidah Zinalibdin berkata kanak-kanak yang terlibat adalah dari 107 kelas Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Perpaduan seluruh Kelantan termasuk di kawasan pedalaman.

“Walaupun Kelantan tidak mempunyai ramai penduduk daripada kaum India, kami tetap merayakannya bagi tujuan proses silang budaya, untuk diterapkan dalam kalangan kanak-kanak Tabika,”  katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata penganjuran program seumpama itu juga bagi membolehkan kanak-kanak mengenali budaya masyarakat dari bangsa lain.

Katanya, antara aktiviti yang akan diadakan termasuk demonstrasi pemakaian sari dan masakan terkenal masyarakat India seperti “vadey”.

Norwahidah berkata pihaknya bagaimanapun akan merujuk kepada pihak Kerajaan Negeri terlebih dahulu berhubung program itu berikutan Kelantan masih berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra akhir bulan lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel