Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan Warriors mampu capai sasaran empat pasukan terbaik


Tarikh kemaskini: 07/10/2019





KOTA BHARU, 7 Okt -- Gabungan Sepak Takraw Kelantan (GASTAK) yakin Kelantan Warriors mampu berada dalam kelompok empat pasukan terbaik pada kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

Presiden GASTAK, Zuraidin Abdullah berkata keyakinan itu berdasarkan kepada prestasi semasa pasukan Kelantan Warriors pada aksi sebelum ini.

"Pada pusingan pertama, pasukan kami berjaya memenangi enam daripada sembilan perlawanan sekali gus menduduki tangga keempat liga dengan 12 mata, dan hanya dua mata di belakang pendahulu liga, Penang Black Panthers.

"Kami yakin dengan kemenangan sebelum ini akan memberi lebih motivasi kepada pasukan bagi menghadapi cabaran lebih getir di Gem In Mall, Cyberjaya minggu ini (bermula Jumaat)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada masa ini, Kelantan Warriors berada di tangga keempat carta STL dengan 12 mata hasil enam kemenangan dan tiga kekalahan.

Zuraidin berkata sasaran pihaknya sebelum ini untuk menduduki kelompok empat terbaik pada pusingan pertama telah berjaya dicapai.

"Kami mahu pada saingan pusingan kedua nanti pasukan berjaya kekalkan prestasi dan dapat memperbaiki kedudukan liga.

"Pemain perlu mengambil pengajaran daripada tiga kekalahan yang dialami pada pusingan pertama bagi memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan sama kerana sasaran kami ialah berada di kedudukan empat terbaik liga untuk layak ke Piala Juara-juara," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel