Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bapa OKU didakwa dera anak


Tarikh kemaskini: 07/10/2019





KUALA TERENGGANU, 7  -- Seorang lelaki yang kudung kaki kanan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mendera anaknya yang berusia tiga tahun.

Tertuduh yang merupakan seorang penganggur, didakwa menganiaya anak tunggalnya itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal dan emosi di sebuah rumah, sekitar daerah Marang.

Dia yang berusia 39 tahun melakukan kesalahan itu antara 12 Sept hingga 24 Sept 2019.

Pengakuan tersebut dibuat di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dia, yang tidak diwakili peguam, juga berdepan dengan hukuman tambahan iaitu melaksanakan khidmat masyarakat dalam tempoh maksimum enam bulan.

Tertuduh yang terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak kelihatan tenang dan bersahaja ketika dibacakan pertuduhan oleh jurubahasa.

Ketika rayuan, Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah memohon agar mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan bagi mengelak tertuduh menganggu beberapa orang saksi termasuk anaknya itu.

Nooriah kemudiannya menetapkan 5 Nov untuk sebutan semula kes dan tiada sebarang jaminan dibenarkan.

Difahamkan kanak-kanak tersebut telah mengalami kecederaan di muka kerana dipukul menggunakan objek tumpul.

 

-- BERNAMA 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel