Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rezeki tidak diduga bagi penerima umah PPRT


Tarikh kemaskini: 06/10/2019





KUALA KRAI, 6 Okt -- Rezeki tidak diduga bagi penerima rumah mampu milik Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) apabila permohonannya untuk memperbaiki rumah pusaka yang usang bertukar mendapat sebuah rumah yang lebih selesa dalam projek terbabit.

Mohd Azlan Ismail, 42, antara 88 orang penerima PPRT di kawasan KESEDAR baru-baru ini, tidak menduga dapat tinggal bersama ahli keluarganya di rumah yang lebih selesa.

Beliau berkata pada permulaannya beliau hanya memohon bantuan untuk membaiki rumahnya yang usang didiami bersama isteri serta empat orang anak berusia setahun sehingga 13 tahun.

"Usahkan untuk membina rumah baharu, memperbaikinya saya tidak mampu dengan bergantung kepada pendapatan yang tidak menentu berkerja sebagai buruh.

"Jika tidak ada program seumpama ini, mana mungkin golongan tidak berkemampuan seperti saya untuk impikan tinggal dirumah yang lebih selesa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Mengkebang di sini, hari ini.

Mohd Azlan berkata beliau sangat gembira apabila mengetahui beliau memperolehi rumah PPRT untuk keselesaan anak-anak serta isterinya.

"Ia adalah bantuan dan sumbangan kerajaan paling bernilai kepada keluarga kami, jika tidak kami akan terus tinggal di rumah usang," katanya.

Sementara itu seorang lagi penerima Mohd Borhan Ibrahim, 40, dari Kampung Chemulang, Kuala Krai berkata beliau juga tidak menjangka memperoleh rumah PPRT itu selepas mengemukakan permohonan.

"Permulaannya, saya fikir permohanan saya gagal untuk mendapat rumah itu tapi beberapa bulan kemudian saya dimaklumkan oleh pegawai KESEDAR bahawa permohanan saya diluluskan. Tidak dapat nak gambarkan perasaan saya ketika itu.

"Sebelum ini, saya bersama isteri serta dua orang anak hanya tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM50 sebulan dengan pendapatan antara RM450 sehingga RM500 sebulan sebagai penoreh getah," katanya.

Katanya agak mustahil dirinya yang bekerja sebagai penoreh getah dengan harga komoditi itu yang rendah mampu untuk membina rumah baharu.

"Bayangkan dengan pendapatan tidak menentu ketika ini dengan harga getah murah, ditambah pula cuaca tidak menentu untuk saya bina rumah,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel