Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MoA pantau serangan ulat ratus terhadap tanaman jagung


Tarikh kemaskini: 06/10/2019





KOTA BHARU, 6 Okt -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) memandang serius dan sedang memantau serangan ulat ratus ke atas tanaman jagung di Perlis, Perak, Kedah dan Johor sejak Januari lepas.

Ketua Setiausaha MoA Datuk Mohd Sallehuddin Hassan berkata ini berikutan kemungkinan ulat berkenaan akan menyerang tanaman padi pula, makanan ruji di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Pertanian sedang menyediakan laporan lengkap berhubung perkara itu untuk tindakan lanjut.

"Ulat ini tahan terhadap racun serangga dan dipercayai pembiakannya terencat ketika jerebu yang melanda negara baru-baru ini. Selepas menjadi kumbang ia mampu terbang sehingga kira-kira 100 kilometer.

"Ia akan makan dan bertelur di pokok jagung. Pegawai Mardi telah dihantar ke kawasan terjejas untuk menjalankan kajian terhadap serangga ini," katanya.

"Tanaman padi masih selamat sebab ada jagung (yang menjadi makanan ulat ratus) tapi kebimbangan kita ia akan serang tanaman lain pula termasuk padi.

"Ini sebenarnya merupakan masalah antarabangsa dan kita sedang mendapatkan bantuan daripada China kerana negara ini masih belum diserang oleh ulat ratus ini," katanya.

Mohd Sallehuddin bercakap kepada pemberita selepas melancarkan varieti padi hibrid pertama negara yang dikenali sebagai MR 12H di Ladang Merdeka Mulong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Datuk Mohamad Roff Mohd Noor, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Nik Roslan Idris dan Pengarah Mardi Kelantan Zainuddin Zakaria @ Hussin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel