Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM Pahang siap siaga hadapi banjir hujung tahun


Tarikh kemaskini: 05/10/2019




PEKAN, 5 Okt  -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang kini bersiap siaga dari segi operasi menyelamat di air bagi menghadapi banjir yang dijangka berlaku antara November dan Disember ini.

Pengarahnya Nor Hisham Mohammad berkata, persediaan yang dilakukan secara bersepadu turut melibatkan 19 agensi termasuk Jabatan Meteorologi dan Jabatan Pengairan dan Saliran. 

"Kerjasama ini melibatkan kerja memantau taburan hujan serta paras air sungai di dua buah lembangan iaitu Sungai Pahang dan Sungai Kuantan bagi bulan September hingga November

"Walaupun cerapan taburan hujan dari awal tahun hingga bulan Ogos lalu tidak mencapai 50 peratus jumlah taburan hujan tahunan, namun perhatian tetap diberikan kepada kemungkinan banjir akan berlaku pada hujung tahun," katanya. 

Nor Hisham berkata demikian pada Majlis Penutup Latihan Pengurusan Bencana Banjir peringkat daerah Pekan di Kampung Kelat Rendang di sini, hari ini.

Beliau juga berkata aset dan kenderaan bagi operasi menyelamat di darat dan air di negeri ini adalah mencukupi dengan jumlah anggota yang terlatih seramai 869 orang. 

Katanya, secara ideal, jumlah anggota yang diperlukan ialah 1,035 anggota dan pada minggu hadapan, pihaknya dijangka menerima 36 anggota yang akan tamat latihan dan mula melapor diri di Pahang.

"Selain itu, kita juga mempunyai 1700 anggota bomba sukarela di seluruh Pahang yang merupakan bantuan yang amat besar jika berlaku sebarang kejadian melibatkan bomba," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel