Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Cara seronok dekati STEM di Festival Sains Petrosains


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





KUANTAN, 5 Okt  -- Mempelajari sains dan teknologi melalui cara yang menyeronokkan antara objektif penganjuran Festival Sains Petrosains yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini. 

Program bertemakan 'Meet the Future' yang diadakan di Petrosains PlaySmart Kuantan di Perbadanan Perpustakaan Awam di sini, juga bertujuan meraikan keseronokan pembelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). 

Ketua Pegawai Eksekutif Petrosains, Fedora Zulkifli menerusi kenyataan medianya di sini hari ini, berkata mereka mahu mendekatkan masyarakat dengan STEM yang merupakan antara elemen penting dalam landskap pendidikan negara. 

"Sejak 20 tahun lepas, Petrosains telah berkembang menjadi sebuah institusi yang diiktiraf di peringkat negara dan dunia yang menyediakan pembelajaran STEM secara tidak formal.

Festival seperti ini diharap dapat menjadikan sains sebagai satu budaya dalam masyarakat yang diharapkan dapat membantu negara menghasilkan generasi celik sains pada masa hadapan," katanya.

Fedora berkata pelbagai aktiviti menarik berasaskan pendidikan yang sesuai untuk mereka daripada golongan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa disediakan sebagai pengisian festival itu, dengan pendekatan  menyeronokkan, mudah diakses dan didekati. 

Sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Petrosains, Fedora berkata festival itu diperluaskan ke empat lokasi dengan memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai destinasi berbanding hanya Pahang dan Johor pada tahun lepas. 

Katanya, Kuantan merupakan lokasi kedua selepas Sabah dan mereka akan 'meneruskan perjalanan' ke Sarawak pada 12 Okt diikuti Johor (19 Okt) sebelum 'melabuhkan tirai' di Kuala Lumpur (1 Nov). 

Selain lebih 30 aktiviti dan program, pengunjung juga berpeluang memenangi barangan eksklusif Petrosains dengan melayari dan menyertai aktiviti di Facebook Petrosains PlaySmart atau melayari www.sciencefestival.my.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel