Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Chow ketuai delegasi Pulau Pinang ke Armenia


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





GEORGE TOWN, 5 Okt -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan mengetuai delegasi dari negeri ini ke Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) 2019 yang ke-23 di Yerevan, Armenia dari 6-9 Okt, atas jemputan kerajaan Republik Armenia.

Chow akan disertai oleh penasihat khasnya yang juga Pengarah InvestPenang, Datuk Seri Lee Kah Choon; Exco bagi Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir, Zairil Khir Johari; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang dan Ketua Pegawai Eksekutif InvestPenang, Datuk Loo Lee Lian.

Menurut kenyataan Unit Penang2030, kehadiran Chow di sana bagi mewakili Malaysia dan mengetengahkan Wawasan Penang2030 yang akan mentransformasikan Pulau Pinang sebagai “Negeri Tumpuan-Keluarga, Hijau dan Pintar Yang Memberi Inspirasi Negara’.

“Ketua Menteri juga akan menghadiri beberapa Sesi Peringkat Menteri dengan para pemimpin dari pelbagai negara semasa WCIT2019. Semasa kongres itu, perhatian akan ditumpukan bagi mempromosi Malaysia terutama Pulau Pinang, sebagai hos bagi WCIT pada tahun berikutnya dan memulakan pengambilan perwakilan, pengumpulan pangkalan data dan mewujudkan kesedaran.

"Pulau Pinang akan menjadi hos WCIT2020, yang dianggap sebagai Olimpik bagi industri IT, dari 13-16 Sept, 2020 bersama-sama TechFest 2020 Penang, yang kedua-duanya akan diadakan di Pulau Pinang dan Seberang Perai dari 11-20 Sept tahun hadapan,” demikian menurut kenyataan itu.

WCIT 2019 akan menjadi platform yang besar kepada Kerajaan Negeri bagi mendidik para wakil mengenai Pulau Pinang dan Malaysia, serta menawarkan kelebihan pelaburan atau menerokai peluang bagi perluasan pasaran di sini, serta mendapatkan negara lain untuk menyertai WCIT 2020.

Dengan bertemakan 'Kuasa Desentralisasi: Janji dan Ancaman’, lebih 2,000 wakil dari lebih 70 negara menyertai WCIT 2019.

Antara topik utama yang akan diliputi semasa kongres itu ialah perkara mengenai internet, bandar pintar, FinTech, E-Dagang dan perubahan iklim.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel