Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Sanglang kini stabil


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





KANGAR, 5 Okt  -- Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang sebelum ini kritikal di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dilaporkan stabil.

Perkara itu dikongsi oleh anak perempuannya Masyitah Shukri, menerusi hantaran dalam laman Facebook, lewat malam tadi.

Menurut perkongsian itu, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dikatakan mulai sedar setelah dimasukkan ke HSB, Selasa lepas. 

"Alhamdulillah berkat doa semua yang tak putus-putus mendoakan Abah… hari ini Abah dah sedar,” katanya dalam hantaran itu. 

Bagaimanapun, menurut Masyitah, Mohd Shukri mengalami demam awal pagi ini namun suhu badannya menunjukkan sedikit penurunan selain membuka matanya. 

"Masa Abah buka mata tadi, suhu Abah dah turun sikit 37.5°C. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Berkat doa semua pada hari Jumaat yang mulia,” tulisnya yang turut mewakili keluarganya berterima kasih kepada orang ramai yang tidak henti mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ayahnya.

Baru-baru ini, Mohd Shukri dilaporkan masih kritikal sejak petang Ahad, selepas dimasukkan ke hospital setelah terjatuh akibat serangan jantung ketika berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional di Dewan 2020, Kangar, Ahad lepas.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel