Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Festival Teater Perak satu tarikan pengunjung


Tarikh kemaskini: 05/10/2019





IPOH, 4 Okt  -- Penganjuran Festival Teater Perak bertujuan menyemarak dan mempopularkan seni teater di bandar raya ini, selaras usaha menjadikan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, sebagai hub atau pusat seni dalam menarik kedatangan pengunjung serta pelancong.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing berkata festival julung kali anjuran JKKN Perak dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Negeri Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Zon Utara serta Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) itu sangat signifikan dengan keperluan penggiat seni teater, bagi mencari paltform menghasilkan sesebuah karya.

"Program seperti ini perlu diperbanyakkan lagi sebagai menggalakkan penggiat seni teater, seni persembahan yang berpotensi ke arah menjana ekonomi mereka selaras dengan dasar industri kreatif negara.

"Program sebegini juga perlu diuar-uarkan kepada masyarakat sekali gus memberi persepsi positif terhadap usaha kerajaan negeri dalam mendidik masyarakat melalui seni teater," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Festival Teater Perak, di Kompleks JKKN Perak di sini, malam ini.

Festival yang bermula sejak 23 Sept lalu menampilkan 11 persembahan daripada 11 produksi yang bertanding, bagi merebut gelaran juara di peringkat negeri seterusnya berpeluang menempatkan diri dalam senarai enam kumpulan terbaik untuk ke peringkat kebangsaan.

Pada penganjuran itu, Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) yang menampilkan karya bertajuk 'Boneka Hidup' muncul juara dan membawa pulang wang tunai RM3,000 serta sijil.

Kumpulan Komrad Anak Teater pula yang menampilkan karya 'Mesin dan Kopi' di tempat kedua dan membawa pulang RM2,000 serta  sijil, manakala kumpulan Studio Permata dengan karya 'Anak Syurga' meraih tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta sijil.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     

Peguam keluarga Nora Anne hadir di Mahkamah Seremban bagi pengurusan kes

 
     

Pengerang jadi bandar pintar dalam tempoh lima tahun

 
     

Influenza: Dua kelas ditutup di Pulau Pinang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel