Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sasaran lebih 25,000 orang sertai BSN Perlis - Pengarah JBS


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





KANGAR, 4 Okt  -- Seramai 25,380 penyertaan disasarkan sempena Bulan Sukan Negara (BSN) peringkat negeri Perlis selama sebulan dari 1 hingga 31 Okt ini.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Perlis, Norhazita Kamaludin berkata, lebih 200 jenis acara sukan diadakan sepanjang BSN.

“Semua peringkat komuniti termasuk Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), badan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan dan swasta serta badan berkanun digalak mengadakan apa sahaja aktiviti bersukan supaya objektif pelaksanaan BSN ini tercapai.

"Pihak sekolah juga turut tidak terkecuali dalam menjayakan BSN di Perlis ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Menurut Norhazita, program BSN ini turut diadakan bersama Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS 2019 bagi pusingan ketujuh di Perlis esok dan BSN pada hari berikunya.

Beliau berkata program BSN peringkat negeri akan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, di Kompleks Tuanku Syed Putra di sini, Ahad ini.

Bersempena program BSN, Norhazita menjelaskan akan diadakan aktiviti senamrobik, pertandingan bola sepak jalanan bawah 12 tahun, pertandingan bola jaring wanita limasebelah, sepak raga tuju dan pameran autoshow dari pukul 8 pagi hingga 7 malam.

"Kita nak orang ramai amalkan gaya hidup sihat kerana kita nak masyarakat yang cergas dan aktif. Sukan juga membawa kepada memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel