Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Forum Warisan UNESCO di Pulau Pinang 14 Okt


Tarikh kemaskini: 04/10/2019





GEORGE TOWN, 4 Okt  -- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) akan menganjurkan Forum Warisan Asia-Pasifik 20/20 dan Majlis Penyampaian Anugerah 2019 di Pulau Pinang pada 14 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri Yeoh Soon Hin hari ini berkata majlis itu akan diadakan serentak di Bangunan UAB, Gat Lebuh China di sini.

Beliau berkata program sehari itu bertepatan dengan ulang tahun ke-20 Anugerah UNESCO bagi Pemuliharaan Warisan Kebudayaan.

“Sejak dua dekad lepas, Anugerah bagi Pemuliharaan Warisan Kebudayaan Asia-Pasifik UNESCO memberi sumbangan yang sangat  besar kepada pemahaman yang lebih baik berkaitan warisan budaya dan kesejahteraan bandar raya, masyarakat dan persekitaran yang lestari,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata Anugerah 2019 menerima  57 penyertaan daripada 14 negara di rantau Asia Pasifik tahun ini, jumlah paling tinggi yang diterima setakat ini. Anugerah 2018 yang berlangsung pada Ogos tahun lepas mendapat 41 penyertaan daripada lapan negara.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel