Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu, Singapura ingin kerjasama dalam bidang TVET


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KUALA TERENGGANU, 3 Okt -- Kerjasama dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) merupakan antara agenda utama perbincangan dua hala antara kerajaan negeri Terengganu dan Singapura hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat tertutup selama sejam antara beliau dan delegasi Kementerian Luar Singapura diketuai oleh Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan.

Ahmad Samsuri berkata Terengganu memiliki banyak institusi latihan dan kemahiran yang melahirkan tenaga kerja di pelbagai peringkat dan ia boleh dimajukan lagi melalui kerjasama dengan Singapura yang terkenal sebagai sebuah negara yang berjaya di Asia Tenggara.

"Kami di Terengganu mempunyai institut teknikal berkaitan pekerja mahir ... ini adalah bidang-bidang yang kami fikir kita boleh belajar dari institusi teknikal Singapura,” katanya kepada media selepas menerima kunjungan hormat delegasi Kementerian Luar Singapura di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sementara itu, Vivian berkata beliau telah menjemput kerajaan Terengganu untuk mengadakan kunjungan balas ke Singapura bagi melihat dan meninjau sendiri institusi teknikal di sana.

Selain itu kerajaan negeri juga boleh mengadakan perjumpaan dengan pelabur-pelabur yang berpotensi untuk membangunkan bidang industri di Terengganu, katanya.

Perkara utama bagi pembangunan perindustrian ialah dengan mempunyai tenaga pekerja dan keupahyaan untuk melatih mereka yang mempunyai kemahiran yang relevan, jadi saya berharap delegasi kerajaan Terengganu akan melakukan lawatan ke Singapura,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel