Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

 Pindah KSHAS masih dalam peringkat kajian - UNITEN


Tarikh kemaskini: 03/10/2019




KUANTAN, 3 Okt -- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini, menjelaskan bahawa cadangan melaksanakan Operasi Kampus Berpusat yang melibatkan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dekat sini masih dalam peringkat kajian. 

Sehubungan itu, Pejabat Naib Canselor universiti itu menerusi kenyataan media kepada Bernama di sini hari ini, memaklumkan KSHAS akan beroperasi seperti biasa sehingga kajian itu siap untuk pertimbangan Lembaga Pengarah UNITEN. 

"Cadangan penggabungan KSHAS untuk dijadikan satu entiti dengan kampus Putrajaya menerusi Operasi Kampus Berpusat adalah masih di peringkat konsep dan kajian terperinci masih dijalankan bagi memastikan hasil terbaik untuk semua pihak khususnya masyarakat setempat. 

"UNITEN komited untuk mengembangkan pengetahuan dan pembelajaran melalui penyelidikan dan inovasi yang memberi faedah kepada masyarakat," menurut kenyataan itu. 

Pada 28 Sept lalu, UNITEN menerusi kenyataan medianya mengesahkan penggabungan KSHAS dan kampus Putrajaya menerusi inisiatif 'Reimagining UNITEN' bagi melonjakkan nama universiti dalam berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dengan cabaran semasa landskap pendidikan tinggi negara masa kini.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Pahang, badan bukan kerajaan dan ahli politik kerana menyifatkan tindakan itu akan menjejaskan pembangunan sosioekonomi di kawasan tersebut. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel