Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua sahabat didakwa merompak


Tarikh kemaskini: 03/10/2019





KUALA TERENGGANU, 3 Okt -- Dua sahabat hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan.

Muhamad Amirul Aliff Jamaluddin, 26, dan Muhammad Aris Zainuddin, 21, didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama empat lagi yang masih bebas terhadap dua mangsa yang merupakan anak beranak di sebuah rumah di Ibok, Kemaman.

Mereka yang tinggal di kampung yang sama di Kemaman, didakwa merompak sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR, dua telefon dan wang tunai RM200 kira-kira 12.15 tengah malam, 29 Sept lepas.

Bagi kesalahan itu mereka dituduh mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak bekerja, kelihatan tenang sepanjang prosiding di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Azman tidak menetapkan sebarang jaminan dan memerintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kemaman untuk sebutan pada 17 Okt.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Izzat Wan Abdullah manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis kini giat melakukan operasi mengesan empat lagi rakan tertuduh atas kesalahan yang sama dan juga menyamar sebagai polis sebelum merompak.

--  BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel