Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM3.9 juta diperuntukkan bina rumah mampu milik di kawasan Kesedar


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





KUALA KRAI, 2 Okt -- Sebanyak RM3.9 juta diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) tahun ini. 

Pengerusi Kesedar Datuk Sazmi Miah berkata ia merupakan peruntukan bagi membina 88 unit rumah mampu milik di kawasan yang meliputi daerah Kuala Krai, Gua Musang, Jeli dan Tanah Merah, dengan setiap satu unit rumah melibatkan kos RM45,000.

Beliau berkata unit-unit rumah itu dibangunkan dengan Sistem Pasang Siap (IBS) yang mampu menjimatkan kos hampir RM11,000 berbanding unti rumah biasa, dan sehingga sehingga kini tiga buah buah rumah telah pun siap di Kuala Krai dan diserahkan kepada pemilik, dengan selebihnya masih dalam proses pembinaan.

Menurutnya pembinaan rumah mampu milik itu adalah antara platfrom Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagi merapatkan jurang rakyat luar bandar dengan rakyat bandar. 

"Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam projek ini yang berjaya merealisasikan hasrat kementerian membanyakkan rumah mampu milik kepada golongan B40. Kami harap rumah mampu milik ini dapat ditambah bagi keperluan penduduk termiskin di kawasan Kesedar," katanya kepada pemberita selepas program Perasmian Rumah PPRT IBS Kesedar Wilayah Kuala Krai di Mengkebang di sini, hari ini. 

Sazmi seterusnya menyuarakan harapan agar kerajaan menimbangkan peruntukkan tambahan pada pembentangan bajet 11 Okt ini, khusus bagi membolehkan pihaknya membina lebih banyak rumah mampu milik berkenaan.

"Ia keperluan kepada rakyat luar bandar yang hanya bergantung kepada pendapatan tidak menentu dan sekaligus membantu kementerian serta kerajaan merapatkan jurang antara rakyat luar bandar dan bandar, " katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel