Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Nelayan Thailand terselamat setelah tiga hari terapung di laut


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





KEMAMAN, 2 Okt -- Seorang nelayan warga Thailand yang terapung di laut selama tiga hari setelah terjatuh dari bot, akhirnya terselamat apabila ditemui petugas di pelantar Petronas.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata mangsa yang berusia 40 tahun itu diselamatkan kru Bot Aishah Aim 2 di sekitar kawasan Platform Kecil North Larut pada Ahad lalu.

“Lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Kapal Omni Marissa pada Isnin lepas (30 Sept) untuk dibawa ke Pelabuhan Kemaman dan diserahkan kepada pihak Maritim pada pukul 12.30 tengahari semalam.

“Sebaik tiba di pelabuhan, pihak maritim telah mengambil dan membawa mangsa ke Zon Maritim Kemaman bagi mengambil keterangan mangsa dan telah memaklumkannya kepada pihak Kedutaan Thailand,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Rashidilhadi mangsa telah diserahkan kepada pihak Kedutaan Thailand kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

-- BERNAMA


WZI ZMN SNS

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel