Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Alumni UMT hantar memorandum kepada MB berkenaan penggabungan UMT dan UniSZA


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





KUALA TERENGGANU, 2 Okt -- Persatuan Alumni Universiti Malaysia Terengganu (PAUMT) yang dianggotai oleh 30,180 ahli hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menggesa supaya beliau merayu kepada kerajaan pusat agar menimbang semula rancangan penggabungan dua universiti.

Ia berhubung keputusan secara prinsip Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Presiden PAUMT Khairul Hakimi Mohd Nawi berkata sebagai pemegang taruh yang terlibat secara tidak langsung dengan penggabungan itu, kerajaan negeri pastinya lebih tahu dan faham akan kesan penggabungan yang dilihat tidak akan memberi impak positif serta keuntungan kepada rakyat Terengganu.

"Pada hemat kami cadangan penggabungan ini adalah sesuatu yang berisiko, tidak menguntungkan negeri Terengganu serta dibuat secara tergesa-gesa.

"Jadi kami merayu agar Menteri Besar yang mempunyai kuasa eksekutif tertinggi negeri supaya membuat rayuan kepada KPM atau pihak lebih tinggi iaitu Perdana Menteri bagi menimbangkan semula keputusan itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wisma Darul Iman hari ini.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel