Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki menyamar anggota polis ditahan


Tarikh kemaskini: 02/10/2019





KEMAMAN, 2 Okt -- Dua anggota ‘Geng adik beradik’ yang dipercayai menyamar sebagai polis dan aktif merompak sejak dua bulan lalu, berjaya ditahan polis baru-baru ini.

 Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata pihak polis kini giat memburu empat lagi anggota kumpulan itu, yang berusia antara 20 hingga 27 tahun.

Beliau berkata kedua-dua suspek berkenaan ditahan di Kampung Bukit Kuang, di sini, kira-kira 11 malam, Isnin lepas.

“Sehari sebelum ditahan, suspek dipercayai melakukan rompakan di sebuah rumah di Ibok, Kemaman. Kejadian itu melibatkan rumah seorang peniaga yang berusia 24 tahun. Beliau dikatakan didatangi enam lelaki yang menaiki dua buah kereta serta memperkenalkan diri sebagai anggota polis dan dua daripada mereka memakai ‘vest’ polis.

"Suspek kemudiaannya bertindak menggeledah rumah dan bilik tidur mangsa sebelum merampas sebuah motosikal, dua telefon bimbit dan wang tunai bernilai RM200,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dalam kejadian itu, kedua-dua lelaki yang memakai ‘vest’ tidak menunjukkan sebarang kad kuasa kepada mangsa dan empat lagi suspek berpakaian biasa serta berseluar jeans.

Mangsa kemudiannya pergi ke Pondok Polis Ibok untuk bertanyakan status motosikal miliknya, namun diberitahu oleh pegawai bertugas bahawa tiada sebarang pemeriksaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Hanyan berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel