Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kemudi hulur sumbangan kepada kakitangan Utusan Malaysia


Tarikh kemaskini: 02/10/2019




KOTA BHARU, 2 Okt -- Bersimpati dengan nasib yang menimpa kakitangan Utusan Malaysia, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) hari ini menghulurkan bantuan wang ringgit bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Timbalan Presiden Kemudi Shahnon Hanif Abdullah Suhaimi berkata, usaha itu bertujuan membantu meringankan beban ditanggung pekerja syarikat akhbar berbahasa Melayu tertua itu yang berdepan  masalah tunggakan gaji.

“Seramai 19 kakitangan Utusan Malaysia di negeri ini menerima sumbangan hari ini , dan kami sentiasa prihatin dengan nasib melanda mereka yang sudah dianggap seperti keluarga  sendiri,” katanya  ketika ditemui pada majlis sumbangan prihatin kepada kakitangan Utusan Malaysia di Rumah Wartawan di sini hari ini.

Sementara itu, seorang kakitangan Utusan Malaysia, Yatimin Abdullah, mengharapkan kemelut yang melanda syarikat itu akan cepat berakhir.

“Kami sedih memikirkan untung nasib kami ketika ini dan sumbangan yang diterima ini sangat kami hargai,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel