Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UMK bina dua telaga tiub dan sistem penapis air atasi gangguan air


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KOTA BHARU, 1 Okt -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menyediakan pelan jangka panjang bagi menangani gangguan bekalan air khususnya di kampus Bachok dengan membina dua telaga tiub serta sistem penapisan air bernilai RM400,000 bagi mengatasi gangguan bekalan air.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata projek pembinaan tiub itu akan dibina dalam tempoh terdekat dan dijangka dapat membekalkan air kepada 2,300 penuntut di UMK Kampus Bachok.

"Gangguan bekalan air ketika ini berlaku sejak Aidilfitri lalu sama ada berpunca daripada tekanan rendah atau terputus bekalan air.

Pengguna yang terjejas ialah di penginapan IBS (Asrama) UMK Kampus Bachok, pegawai dan staf di bangunan Canselori yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dr Noor Azizi berkata pembinaan telaga tiub cetek yang disediakan tidak mampu menampung keperluan air kepada pelajar dan staf yang mencecah 7,000 orang dalam masa beberapa tahun lagi.

"Bagi mengatasi masalah terbabit dua buah lagi telaga tiub akan dibina dan daripada jumlah itu sebuah telaga telah mula dibina sejak Sabtu lalu serta satu lagi akan dibina dengan segera," katanya.

Katanya pihaknya turut melancarkan satu tabung infak untuk membina projek terbabit bagi kepentingan pelajar di universiti itu.

"Pihak UMK membuka peluang kepada semua pihak yang prihatin untuk menyumbang segala bentuk sumbangan dalam menjayakan usahanya.

"Sebarang maklumat boleh hubungi Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam UMK Ustaz Mohd Binyamin Che Yaacob di talian 014-8371158," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel