Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Persatuan media bantu petugas Utusan dan Kosmo! di Terengganu


Tarikh kemaskini: 01/10/2019





KUALA TERENGGANU, 1 Okt (Bernama) -- Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) tampil membantu petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! yang sedang berhadapan krisis kewangan sejak akhir tahun lalu.

Presidennya, Khairul Azlam Mohamad berkata sumbangan berbentuk wang tunai itu adalah hasil sumbangan ahli-ahli Kawat yang rata-ratanya berkhidmat di media arus perdana.

"Kawat sentiasa memberi keutamaan terhadap kebajikan ahli dan kami prihatin dengan masalah yang dihadapi rakan-rakan di Utusan Malaysia dan Kosmo! sejak beberapa bulan lalu,” katanya ketika mengunjungi pejabat Utusan Malaysia, Kosmo! Terengganu hari ini.

Sumbangan itu disampaikan kepada wakil syarikat terbabit, Mohd Azli Adlan.

Khairul Azlam berkata adalah sesuatu yang luar biasa apabila melihat petugas syarikat itu masih melakukan rutin seperti biasa dan bersemangat menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat, meskipun berada dalam keadaan yang sukar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel