Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan anjur sebarang "private party" - Polis


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





KUALA LUMPUR, 30 Sept  -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada semua pihak terutama golongan muda untuk tidak menganjurkan sebarang “private party” kerana ia terdedah kepada penggunaan bahan terlarang dan aktiviti tidak bermoral.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap semua yang terlibat.

" Apabila dapat maklumat (mengenai private party) tindakan akan diambil dan kita (polis) tahu ada penggunaan barang terlarang seperti dadah. 

" Saya beri amaran kepada mereka yang berhajat untuk adakan 'private party' terutama anak muda… ingatlah budaya kita bukan begini,"?????? katanya dalam rancangan Bicara Pengguna di Saluran TV1 malam ini.  

Sementara itu, beliau berkata pemilik premis yang membenarkan mana-mana pihak menganjurkan 'private party' di tempat mereka boleh dikenakan tindakan.

"Mereka (pemilik premis) perlu tahu untuk tujuan apa premis mereka disewa," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan dadah menerusi talian hotline JSJN di 012-2087222

"Setiap maklumat yang disalur kepada polis akan ditapis dan saya sendiri akan periksa semua maklumat yang diberi," katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel