Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

ADUN Sanglang kritikal


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





KANGAR, 30 Sept  -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang kini diletakkan di bawah pengawasan rapi di Unit Rawatan Koronori (CCU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar kini dilaporkan kritikal.

Ketua Penerangan PAS Perlis, Dr Saifizi Saidon dalam satu kenyataannya berkata atas nasihat doktor, hanya ahli keluarga terdekat Pesuruhjaya PAS Perlis itu sahaja boleh melawat manakala individu lain diminta menangguhkan hasrat terlebih dahulu sehingga dimaklumkan kelak.

"PAS Perlis juga sedang giat mengemaskini sebarang perkembangan terkini mengenai kesihatan beliau  (Mohd Shukri) dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang maklumat yang bukan datang dari sumber rasmi parti," kata Saifizi.

Saifizi turut meminta orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan dan mengadakan solat hajat untuk Mohd Shukri.

Media melaporkan kira-kira 10 malam tadi, Mohd Shukri secara tiba tiba rebah dan tidak sedarkan diri ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri di Dewan 2020.

Beliau diberikan bantuan awal oleh Unit Medik, Jabatan Amal PAS dan kemudian dikejarkan ke HTF oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Perlis.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel