Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hukuman bunuh terhadap pembersih kapal kekal


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





PUTRAJAYA, 30 Sept -- Seorang pembersih kapal, gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di sini bagi mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya, kerana membunuh seorang ahli perniagaan yang mayatnya temui hangus dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam yang mengetuai panel tiga hakim memutuskan hukuman mati atas kesalahan bunuh itu dikekalkan.

Hakim Yaacob yang bersidang bersama Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan P. Ravinthran sebulat suara menolak rayuan Izwanuddin terhadap kesalahan dan hukuman matinya.

Izwanuddin, 38, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 1 Okt 2017 yang mendapati beliau bersalah dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh Yong Boon Cheong, 54, di Jalan Skudai, Danga Bay, Johor Bahru antara 6 pagi dan 7 pagi pada 4 Julai 2014.

Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak berkata perkara yang membawa kepada pembunuhan itu bermula dengan pergaduhan antara Izwanuddin dan Yong di rumah mangsa di Danga Bay, selepas Yong menuduhnya (Izwanuddin) cuba melanggar bahagian belakang kereta Jaguarnya.

Bukti daripada seorang saksi yang memberi keterangan bahawa Izwanuddin mendakwa simati telah membaling satu objek dan ia telah mengenai pintu kereta Mitsubishi Evonya.

Mohd Sofian berkata, terdapat bukti daripada saksi yang berkata, sebilah pisau berada di tangan tertuduh ketika insiden itu, sekali gus sama dengan bukti patologi yang mengesahkan mangsa mati akibat tusukan pada dada yang telah menembusi jantung, disebabkan oleh satu objek yang tajam.

Mohd Sofian berkata, Izwanuddin juga telah dikenal pasti oleh seorang saksi, iaitu seorang vendor petrol di mana tertuduh telah membeli petrol daripadanya.

Katanya, bukti dari seorang saksi yang merupakan anggota jawatankuasa keselamatan Kampung Seri Paya, Parit Raja yang mengatakan beliau telah menemui mayat yang hangus di dalam ladang kelapa sawit dan beliau kemudiannya memaklumkannya kepada Ketua Kampung.

Izwanuddin diwakili peguam Amer Hamzah Arshad, manakala pendakwaan dijalankan pendakwaraya Jasmee Hameeza Jaafar.

Izwanuddin mempunyai satu lagi peluang rayuan, iaitu di Mahkamah Persekutuan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel