Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

429 ditahan dalam Ops Club Rats - JSJN


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Dua puluh dua pusat hiburan di sekitar bandar raya ini diserbu dan 429 orang ditahan sepanjang dua hari Ops Club Rats bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

Hasil pemeriksaan mendapati 154 daripada mereka yang ditahan itu memiliki dadah manakala selebihnya positif dadah.

Antara yang ditahan dalam operasi pada Sabtu dan Ahad lepas itu ialah seorang konstabel polis berusia 27 tahun dan 35 rakyat asing dari pelbagai negara jiran, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

“Konstabel itu ditahan kerana positif methamphetamine...kami tidak peduli siapa anda, jika anda mengambil dadah semasa berada di pusat-pusat hiburan, kami akan menahan anda dan akan ambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.   

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu berusia antara 18 dan 41 tahun dan polis turut merampas 413.7 gram pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM4,000.

Mengenai 22 pusat hiburan yang diserbu itu, Mohd Khalil berkata kesemua premis terbabit mempunyai lesen perniagaan yang sah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     

Jangan jadikan tahfiz pusat pemulihan akhlak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel