Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ibu pejabat APM kini di Kajang


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Angkatan Pertahanan Awam (APM) hari ini secara rasmi memulakan operasi dan pengurusan di bangunan baharu ibu pejabat pasukan itu di Sungai Merab, Kajang, dekat sini.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab berkata sebelum ini APM beroperasi di ibu pejabatnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur sejak tahun 1952.

"Bangunan baharu ini sudah tentu memberi keselesaan kepada anggota kami. Bangunan ini mula dibina enam tahun lepas dan penantian kami untuk beroperasi di bangunan baharu ini akhirnya tercapai," katanya kepada Bernama selepas Majlis Paluan Berundur di sini, hari ini. 

Roslan berkata bangunan lama APM akan diserah kepada APM Kuala Lumpur untuk operasi mereka. 

"Saya harap pegawai dan anggota APM dapat memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan dengan sebaiknya di bangunan ini," katanya.

Beliau berkata seramai 220 anggota dan pegawai memulakan tugas di bangunan baharu bermula hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel