Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bekalan air di empat wilayah terjejas pulih - Air Selangor


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





KUALA LUMPUR, 30 Sept -- Bekalan air di empat wilayah yang terjejas ekoran insiden pencemaran bau di sumber air mentah Sungai Semenyih pada Sabtu, telah pulih.

Empat wilayah tersebut adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.  

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan penilaian itu berdasarkan pemantauan paras kolam perkhidmatan dan bacaan tekanan di sistem agihan sehingga 12 tengah hari tadi.

Berhubung aduan berkaitan kualiti air, agensi itu mengesahkan air terawat yang dibekalkan memenuhi piawaian kualiti air ditetapkan Kementerian Kesihatan, berdasarkan hasil siasatan dan pemeriksaan di 120 premis pengadu sehingga 12 tengah hari.

Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit ‘Air Selangor’ atau hubungi talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 bagi mendapatkan bantuan berhubung perkhidmatan dan gangguan bekalan air, kata kenyataan itu.

Pada Sabtu, Air Selangor memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya selepas berlaku insiden pencemaran bau yang didakwa berpunca daripada Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Bukit Mahkota.

Sebanyak 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di empat wilayah terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pencemaran bau itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel