Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Syabu dalam bungkusan teh Cina, tiga lelaki ditahan


Tarikh kemaskini: 30/09/2019





PETALING JAYA, 30 Sept -- Polis menahan tiga lelaki serta merampas sejumlah 2,101 gram syabu bernilai RM140,000 yang disembunyikan dalam bungusan teh cina dalam Op Tapis di Jalan Gasing, di sini baru-baru ini.

Dalam serbuan pada Jumaat (27 Sept) polis turut merampas kenderaan  Nissan Xtrail, Proton X70 dan Perodua Bezza , seutas rantai emas dan lima bentuk cincin emas, yang kesemuanya bernilai RM180,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohd Zani Che Din berkata ketika serbuan, ketiga-tiga lelaki berusia antara 46 dan 50 tahun itu sedang leka membungkus dadah yang dipercayai untuk edaran tempatan.

"Polis menemui satu kotak berisi dua bungkusan teh cina  yang mana di dalamnya tersembunyi dua bungkusan plastik berisi dadah syabu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada lelaki yang ditahan itu positif dadah jenis metaphetamine dan seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Polis percaya kegiatan itu didalangi oleh sindiket dan hasil siasatan mendapati mereka bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak enam bulan lepas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel