Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu rancang bangunkan sebuah lagi IPT Pengajian Islam


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





KUALA TERENGGANU, 29 Sept -- Kerajaan Negeri Terengganu sedang merancang untuk menubuhkan sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pengajian Islam, seumpama Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KuSZA).

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia adalah sebagai kesinambungan kepada penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Darul Iman (SMIDI), tahun depan.

Beliau berkata gerak kerja ke arah penubuhan institusi itu telah dimulakan dan ia dijangka akan dapat direalisasi sebelum tamat penggal Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

"Apa yang kita cuba bentuk dan rangka adalah sebuah institusi sama seperti KuSZA dahulu...sama ada ia sebuah universiti sepenuhnya atau kolej sepenuhnya, kita belum sampai ke tahap itu lagi.

"Pada peringkat ini kita lakukan tinjauan dan lihat dahulu kesesuaian...mana lebih sesuai berpandukan peraturan-peraturan universiti atau kolej yang sedia ada," katanya selepas menghadiri Program Bicara Darul Iman Bersama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di Wisma Darul Iman, hari ini.

Kusza, sebuah institusi pe­ngajian tinggi Islam milik kerajaan negeri Terengganu yang berprestij dibubarkan pada 2006 bagi memberi laluan ke arah kewujudan Universiti Darul Iman yang kemudiannya dinamakan Universiti Sultan Zainal Abidin Sultan Zainal Abidin kini.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel