Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Banteras jenayah : Penempatan pegawai dan anggota polis di 38 unit PPR


Tarikh kemaskini: 29/09/2019





KUALA LUMPUR, 29 Sept -- Sebanyak 38 unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di ibu negara akan menempatkan pegawai dan anggota polis di kawasan perumahan itu bagi membanteras kegiatan jenayah.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata program sebegini dijalankan bagi meningkatkan keselamatan, kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat setempat dengan jaringan kerjasama dan penglibatan agensi tempatan lain.

“Penempatan pegawai dan anggota polis di PPR ini merupakan satu usaha bersama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menbanteras kegiatan jenayah di PPR.

“Sebarang maklumat berkaitan jenayah juga boleh disalurkan dengan segera kepada pegawai dan anggota polis yang mendiami kawasan perumahan itu,” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Inisiatif Wilayah Peduli Komuniti Sejahtera di Dataran Perumahan Awam Desa Rejang, di sini, hari ini.

Mazlan berkata dengan cara ini, polis dapat mengesan sebarang jenayah yang berlaku di persekitaran kawasan itu dengan pantas.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Roslan Bek Ahmad dan Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Mazlan berkata pada fasa pertama ini, 27 unit PPR akan diserahkan dan unit-unit itu antaranya di PPR Seri Selangor, PPR Seri Alam, PPR Seri Sabah dan PPR Desa Rejang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel