Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pisang tanaman kedua paling luas selepas durian - FAMA


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





PORT DICKSON, 28 Sept -- Tanaman pisang merupakan tanaman pokok buah-buahan kedua paling luas selepas durian, kata Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pemasaran Segar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mohd Anis Mohd Yasin.

Beliau berkata pada tahun 2017, keluasan tanaman pisang direkodkan seluas 34,894.06 hektar di seluruh negara dengan pengeluaran hasil sebanyak 350,492.59 tan metrik.

"Dari segi pasaran eksport pula, jumlah keseluruhan nilai eksport pisang pada tahun 2016 ialah RM34 juta melibatkan pengeluaran hasil sebanyak 25,101.46 tan metrik. Jumlah tersebut terus meningkat kepada RM40 juta pada tahun 2017 melibatkan 27,450 tan metrik.

“Bagi tanaman betik pula, nilai eksport yang direkodkan pada tahun 2016 ialah RM38 juta dengan pengeluaran hasil sebanyak 24,470.7 tan metrik dan nilai ini meningkat pada tahun 2017 kepada RM40 juta melibatkan 25,457.00 tan metrik," katanya.   

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian kursus up skilling pemasaran dan penanaman tanaman pisang dan betik di Institut Latihan FAMA di sini hari ini, yang diikuti seramai 250 peserta. 

Dalam pada itu, beliau berkata FAMA terus komited dalam menerajui sektor pemasaran hasil pertanian  dan memastikan setiap hasil pertanian petani dapat dipasarkan dengan baik dan memberi pulangan lumayan.

"Selain itu, FAMA terus memperkukuhan pusat pengumpulan dan pengedaran hasil pertanian. Kini telah tersedia sebanyak 187 pusat pengumpulan dan 40 pusat pengedaran di seluruh negara," katanya?????.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel