Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UNITEN sah gabung kampus Rompin, Putrajaya tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





KUANTAN, 28 Sept  -- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) hari ini mengesahkan akan melaksanakan Operasi Kampus Berpusat menerusi penggabungan dua kampusnya di Rompin, dekat sini dan Putrajaya. 

Menurut kenyataan media Pejabat Naib Canselor UNITEN, pelaksanaan operasi baharu itu bakal menyaksikan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dan Kampus Putrajaya disatukan sebagai satu entiti di Putrajaya. 

"Lembaga Pengarah UNITEN yang bersidang pada 24 Sept lalu telah meluluskan inisiatif 'Reimagining UNITEN' dan memberi mandat kepada pengurusan UNITEN untuk melaksanakan Operasi Kampus Berpusat. 

"Pelaksanaan Operasi Kampus Berpusat dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Jun 2020," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Pengurusan UNITEN pula memberi jaminan akan memastikan Operasi Kampus Berpusat berjalan dengan lancar dan mengambil kira kepentingan serta kebajikan pelajar, warga kerja dan pihak berkepentingan dalam perkara tersebut. 

Kenyataan itu menambah inisiatif itu bagi melonjakkan nama universiti untuk berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dengan cabaran semasa landskap pendidikan tinggi negara masa kini.  

Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan tetap membantu masyarakat setempat di Muadzam Shah walaupun selepas Operasi Kampus Berpusat dilakukan. 

"UNITEN dan Real Estate Ventures Department (REVD) serta TNB akan bekerjasama dalam melaksanakan pengoperasian premis KSHAS untuk terus kekal di bawah TNB bagi memastikan kesinambungan peranan TNB di Muadzam Shah, sekali gus membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk di situ," menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel