Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lapan PBT di Negeri Sembilan laksana Sistem BLESS mulai 1 Jan tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





KUALA PILAH, 28 Sept  -- Kesemua lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan mula melaksanakan Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS) mulai 1 Jan tahun hadapan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Dr Razali Ab Malik.

Beliau berkata menerusi sistem itu, orang ramai tidak perlu lagi hadir ke kaunter untuk menyerahkan borang permohonan lesen, sebaliknya ia boleh dilakukan secara dalam talian.

"Kebanyakan sistem seperti ini telah diamalkan di peringkat Persekutuan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan juga bank.

“Sistem ini akan menjimatkan masa selain mengelakkan masalah ketirisan. Sistem ini adalah tanpa kertas untuk mendidik orang membuat permohonan secara online," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Majlis Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, di sini.

Mengulas lanjut, Razali berkata sistem berkenaan merupakan antara penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang dilakukan kerajaan dan selari dengan saranan yang dikemukakan menteri besar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel