Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rakyat Kelantan bersedih atas kemangkatan Sultan Ismail Petra


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





KOTA BHARU, 28 Sept  -- Kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi ini nyata memberi khabar duka kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Rata-rata rakyat bersedih dengan berita kemangkatan Baginda yang disifatkan sangat baik hati dan sentiasa mengambil berat akan kebajikan rakyat.

Nazila Md Hassan, 33, pengusaha perabot berkata, dia menerima berita kemangkatan Baginda melalui perkongsian kenalannya daripada aplikasi ‘WhatsApp’.

“Saya bersedih dengan berita kemangkatan ini, dan saya percaya ianya juga satu kehilangan yang besar bagi semua rakyat negeri ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penjawat awam Rusman Abdul Wahab, 49, berkata, dia sudah sedia maklum mengenai Baginda gering sebelum ini namun terkejut apabila mengetahui berita kemangkatan Baginda pada awal pagi ini.

“Kemangkatan ini satu berita yang mengejutkan terutama kepada kami yang pernah berada di bawah pemerintahan Baginda.

“Patik mengucapkan dan menyembah salam takziah kepada seluruh kerabat dan keluarga Diraja Kelantan di atas kemangkatan Almarhum. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Almarhum dan digolongkan dalam kalangan para solehin," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel