xgz45bHlzCU Pegawai negeri dan rakyat Kelantan berkabung selama 40 hari
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pegawai negeri dan rakyat Kelantan berkabung selama 40 hari


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





KOTA BHARU, 28 Sept  -- Semua pegawai negeri dan rakyat Kelantan akan berkabung selama 40 hari berikutan kemangkatan Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad pada sidang akhbar khasnya berkata, mereka mesti memakai kain putih di kemuncak songkok atau tali leher berwarna hitam dalam tempoh perkabungan itu.

"Manakala kerabat-kerabat diraja, pegawai dan kakitangan Istana hendaklah memakai pakaian berkabung selama 100 hari bermula hari ini.

"Semua masjid dan surau di dalam negeri Kelantan hendaklah mengadakan majlis tahlil dan doa selepas fardhu Maghrib selama tujuh hari," katanya.

Nazran berkata, rakyat jelata boleh menziarahi jenazah Baginda bagi penghormatan terakhir mulai pukul 2.00 hingga 4.00 petang ini.

"Tempoh yang sama turut diberikan kepada orang kenamaan untuk penghormatan terakhir itu," katanya.

Beliau berkata, jenazah Baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini selepas Asar dengan perangkatan jenazah menggunakan pedati khas yang ditarik anggota tentera bermula dari Istana Balai Besar di sini.

"Pakaian pada upacara pemakaman bagi lelaki Melayu mestilah pakaian kebangsaan putih, sampin tenun putih dan kain putih di kemuncak songkok.

"Bagi orang bukan Islam boleh memakai lounge suit manakala perempuan berbaju panjang, berkain tudung manakala bukan Melayu adalah berpakaian sopan," katanya.

Beliau berkata Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permasuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dijangka tiba untuk memberikan penghormatan terakhir.

Turut dijangka hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan kenamaan Istana lain.

Sultan Ismail Petra mangkat di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 8.11 pagi.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel