Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan Pahang zahir takziah atas kemangkatan Sultan Ismail Petra


Tarikh kemaskini: 28/09/2019





KUANTAN, 28 Sept -- Kerajaan Negeri Pahang hari ini, menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Kelantan ke-28, Sultan Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata bendera negeri Pahang juga akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok, bagi menghormati kemangkatan Baginda. 

"Kerajaan Negeri Pahang menzahirkan takziah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, seluruh kaum kerabat Baginda dan rakyat Kelantan di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini. 

Sultan Ismail Petra yang memerintah Kelantan dari 30 Mac, 1980 sehingga Mei 2009 mangkat pada 8.11 pagi ini di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan pada usia 69 tahun. 

Jenazah Baginda akan dibawa ke Istana Balai Besar, Kota Bharu untuk istiadat penghormatan terakhir manakala istiadat pemakaman dijadual berlangsung selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel