Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penggabungan UMT, UniSZA: Tiada sesiapa akan diberhentikan


Tarikh kemaskini: 27/09/2019





KUALA TERENGGANU, 27 Sept -- Tiada pemberhentian petugas termasuk berstatus kontrak sekiranya penggabungan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), direalisasikan kelak.

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata perkara itu telahpun ditegaskan oleh kerajaan dan kebajikan petugas serta pelajar, sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat.

"Tidak ada sesiapa yang akan kehilangan pekerjaan dalam proses ini (penggabungan) dan semua dijamin termasuk pekerja kontrak.

"Jadi ia tidak akan jejaskan langsung jumlah 900 staf akademik di UniSZA, 600  lebih staf akademik di UMT yang secara keseluruhannya lebih 3,000 staf akademik dan bukan akademik di dua universiti itu" katanya kepada media selepas menghadiri Bengkel Penyelarasan Penggabungan UMT dan UniSZA di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi UMT, Tan Sri Dr Halim Mohamad dan Pengerusi Pengerusi UniSZA, Datuk Dr Muhammad Nur Manuty.

Bengkel dua hari yang bermula semalam itu dihadiri semua pihak pengurusan, serta lembaga pengarah kedua-dua universiti dan dikatakan berjaya memberi gambaran awal mengenai universiti yang akan digabungkan nanti.

"Tujuan bengkel kerja ini adalah untuk mengumpul input, isu, cabaran dan aspirasi dapatan yang inklusif bagi memenuhi keperluan penggabungan kedua-dua universiti tersebut.

"Perkara utama yang telah dibincangkan menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan mahasiswa, penyelidikan dan akademik. Dapatan awal perbincangan telah memperlihatkan keupayaan kedua-dua buah universiti dan potensi universiti baharu sebagai sebuah institusi terulung,” katanya.

Tambah beliau, sesi libat urus yang berterusan akan dilaksanakan bagi mendapatkan input yang memenuhi kehendak dan keperluan kecemerlangan pendidikan, penyelidikan serta sumbangan kepada masyarakat. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel