Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

KTMB pandu uji DMU untuk diperkenalkan di Pantai Timur


Tarikh kemaskini: 27/09/2019





TUMPAT, 27 Sept -- Set tren terbaharu dikenali sebagai Diesel Multiple Unit (DMU) bagi laluan Pantai Timur bakal diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dijangka akan mula beroperasi pada suku pertama tahun hadapan.

Pengurus Besar Perolehan KTMB, Mohd Hider Yusoff berkata kos keseluruhan bagi 13 unit tren DMU itu termasuk 52 gerabak bernilai RM380 juta.

"Sekarang kami giat menjalankan pandu uji tren DMU dari pelbagai aspek khususnya keselamatan dan tahap kesediaan set-set tersebut sebelum ia digunakan sepenuhnya pada tahun hadapan.

"Dalam masa sama, kami perlukan kepakaran khas dari segi pemandu tren kerana DMU adalah kereta api yang lebih maju serta moden," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara KTMB dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Depoh Tumpat di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Syed Nasir Syed Ahmad.

Pada perlawanan persahabatan itu, Kemudi berjaya mengalahkan pasukan KTMB dengan kemenangan 2-1.

Mohd Hider berkata berbanding dengan penggunaan gerabak konvensional, tren DMU tersebut mampu menjimatkan masa perjalanan kira-kira sejam.

"Kelajuan tren ini juga mencapai 100 kilometer sejam berbanding tren konvensional antara 50 hingga 60 kilometer sejam.

"Walau bagaimanapun, gerabak konvensional ini akan tetap digunakan termasuk bagi tujuan pelancongan sebagaimana yang dilakukan di beberapa negara maju," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel