Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bantahan tak jejas proses penggabungan UMT dan UniSZA


Tarikh kemaskini: 27/09/2019





KUALA TERENGGANU, 27 Sept -- Proses penggabungan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan diteruskan seperti yang dirancang walaupun mendapat bantahan kecuali terdapat keputusan lain kelak. 

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata setakat ini keputusan mengenai penggabungan itu secara prinsipnya telah dibuat di peringkat tertinggi kementerian dan Jabatan Pengajian Tinggi sebagai badan pelaksana perlu melakukan pelbagai perbincangan bagi merealisasikannya.

Katanya jabatan akan terus mendengar pandangan dan pendapat dari semua pihak berkepentingan bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat mengambil kira kepentingan serta memuaskan semua pihak.

"Kita memang menggalakkan pelajar memberi pandangan serta pendapat dan akan teruskan dengan sesi libat urus bersama mereka dalam masa terdekat. Kami adalah pelaksana dalam kes ini...kita akan mendengar apakah harapan dan kegusaran mereka," katanya pada sidang media selepas Bengkel Penyelarasan Penggabungan UniSZA dan UMT, di sini hari ini.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai bantahan yang dikemukakan beberapa pihak termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMT terhadap cadangan itu.

Menurut Siti Hamisah beberapa sesi perjumpaan telah dibuat antara Jabatan Pendidikan Tinggi dan wakil dari MPP sebelum ini di universiti masing-masing bagi memberi penjelasan dan mendengar rintihan mereka.

Memandangkan proses penggabungan tersebut adalah yang pertama di negara ini, kementerian perlu merujuk kepada universiti-universiti lain di dunia yang telah melaksanakan inisiatif tersebut. 

Bagaimanapun, katanya ia hanya sekadar mendapatkan gambaran serta idea mengenai konsep  gabungan dua universiti itu nanti akan  mengikut acuan yang ditentukan oleh pakar serta pensyarah di negara ini sendiri.

Sementara itu, kedua-dua naib canselor universiti terbabit Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar (UMT) dan Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (UniSZA) yang turut sama dalam sidang media itu melahirkan kesepakatan untuk terus memberi idea dan membentangkan kekuatan universiti masing-masing.

Kesepakatan antara kedua-duanya juga dapat dilihat apabila masing-masing turut menyatakan pendirian untuk terus melakukan perbincangan bagi mencapai keputusan terbaik terhadap penggabungan universiti itu nanti.

-- BERNAMA 

 

 

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel