Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak OKU maut dalam kebakaran di Gual Ipoh


Tarikh kemaskini: 27/09/2019





TANAH MERAH,  27 Sept -- Seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU)  meninggal dunia dalam satu kebakaran rumah di Kampung Paku Gua Ipoh, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Tanah Merah ASP Mohd Zailal Wasubri berkata dalam kejadian pada 11.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Aqil Azfar Che Azman, 11, OKU hiperaktif, maut dalam kebakaran di rumah neneknya. 

"Dalam kejadian itu, mangsa bersama kakaknya berusia 13 tahun di rumah terbabit.

"Ketika kejadian ibu serta nenek mangsa keluar ke farmasi pada 9 pagi untuk urusan lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Zailal berkata kakak mangsa dikatakan tidak sempat menyelamatkan mangsa berikutan api marak dengan cepat.

"Mangsa berasal dari Sungai Keladi, Kota Bharu dan baru tiba di rumah neneknya pada 4.40 petang semalam untuk bermalam di rumah terbabit,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.46 pagi dan seramai 12 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dari balai Tanah Merah dan Machang bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai kami mendapati api sedang marak membakar kediaman diperbuat daripada kayu dan batu.

“Rumah berkenaan terbakar 80 peratus dan api dapat dikawal jam 12.30 tengah hari," katanya.

Katanya jenazah kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel