Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Terengganu berhasrat contohi konsep pertanian bandar di Jepun


Tarikh kemaskini: 26/09/2019





BESUT, 26 Sept -- Kerajaan Terengganu berhasrat mencontohi konsep pertanian bandar yang dilaksanakan di Tokyo, Jepun kerana kaedah itu mampu meningkatkan hasil pertanian tiga kali ganda berbanding kaedah pertanian konvensional.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata teknologi yang digunakan di Jepun lebih efisien walaupun keadaan tanah tidak sesuai, mereka masih boleh gunakan ruang yang ada dengan memanfaatkan kaedah fertigasi.

"Teknologi ini yang akan kita terokai di Terengganu melibatkan usaha pihak kerajaan serta swasta yang berminat untuk meneroka bidang tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu di Jabi dekat sini hari ini.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu yang bermula semalam hingga Sabtu ini menyasarkan kehadiran lebih 50,000 pengunjung dengan nilai jualan melebihi RM400,000.

Sebanyak 60 gerai jualan produk usahawan industri kecil dan sederhana serta 35 gerai pameran jabatan dan agensi kerajaan boleh dikunjungi sepanjang sambutan itu.

Ahmad Samsuri turut menyarankan golongan muda supaya memanfaatkan kecanggihan teknologi terkini untuk meneroka sektor pertanian, perladangan dan perikanan secara komersial.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata Terengganu mempunyai kira-kira 12,000 hektar tanah pertanian yang masih belum diusahakan ketika ini.

"Terengganu berada di kedudukan kedua selepas Pahang yang berjaya dalam memajukan tanah terbiar dan saya yakin lebih banyak tanah akan diusahakan melalui pelbagai galakan dan insentif yang akan diperkenalkan dalam Bajet Terengganu untuk tahun 2020," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel