Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan buat maksiat ketika tonton wayang


Tarikh kemaskini: 26/09/2019




KUALA TERENGGANU, 26 Sept --  Jangan cuba buat maksiat di panggung Lotus Five Star (LFS) di Paya Bunga (PB) Sentral di sini.

Ia amaran kepada penonton oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi mencegah kegiatatan tidak bermoral ketika sesi tayangan berlangsung.   

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah berkata sebagai tanda peringatan awal sebuah video pendek berdurasi 51 saat akan dipaparkan di semua skrin pawagam sebelum tayangan filem.

Video berkenaan memaparkan bentuk-bentuk kesalahan jenayah syariah membabitkan Seksyen 34 iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam dan Seksyen 35, mendedahkan tubuh di tempat awam.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM1,000, penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita berharap tujuan mereka (penonton) datang adalah kerana untuk tengok wayang dan bukan hendak 'berwayang',” katanya selepas melancarkan tayangan perdana Video Pendek Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah itu di sini hari ini.

Menurut Mohd Nor pihak penguatkuasa JHEAT akan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa, orang ramai turut dialu-alukan untuk membuat aduan sekiranya mereka mengesan sebarang kesalahan jenayah syariah yang berlaku di panggung wayang.

Selain itu, melalui Kempen Pencegahan Kesalahan Jenayah Syariah ini juga turut mengedarkan risalah secara dakwah jalanan kepada masyarakat dengan bantuan beberapa agensi berkaitan.

Panggung wayang di PB Sentral yang memiliki 11 dewan itu telah beroperasi sejak Mac 2017  dan diberikan kebenaran beroperasi dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan mengambil kira sensitiviti agama dan budaya tempatan.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel