Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan tandatangan MoU dengan syarikat swasta sempena TMK2020


Tarikh kemaskini: 26/09/2019




KOTA BHARU, 26 Sept -- Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan firma perunding strategik pengiklanan media, Laduni Services Sdn Bhd dan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia, bagi memperhebat promosi Tahun Melawat Kelantan 2020 (TMK2020).

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan neger Mej (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman berkata, melalui kerjasama itu, Laduni Services dan AirAsia akan membawa nama Kelantan ke seluruh dunia dengan menggunakan pesawat Livery Kelantan.

"Projek Livery Kelantan ini akan siap sepenuhnya pada akhir Disember tahun ini dan kempen akan berlangsung selama dua tahun dengan membawa jenama 'Kelantan In The Sky' ke seluruh destinasi utama dengan enam sektor penerbangan sehari.

"Laduni Services bersama AirAsia akan mempromosikan Kelantan di mata dunia dengan tagline 'I Love Kelantan' dan 'Kelantan Di Hati' sepanjang tempoh itu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU berkenaan antara Kerajaan Negeri Kelantan, Laduni Services dan AirAsia di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Kerajaan Negeri diwakili oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr Tengku Muhammad Faziharudean Tengku Faizal dan Laduni Services diwakili Pengarah Urusannya, Syed Anuar Syed Ahmad manakala AirAsia diwakili oleh Pegawai Perhubungannya, Zamani Rafique sambil disaksikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Md Anizam berkata Kerajaan Negeri menyasarkan 5.5 juta pelancong domestik dan antarabangsa akan mengunjungi negeri ini pada tahun hadapan.

Beliau berkata, menerusi kerjasama yang diadakan dengan kedua-dua pihak berkenaan, pihaknya yakin mampu menarik kira-kira 630,000 penumpang sepanjang tempoh perjanjian.

"Iklan mengenainya akan ditonton oleh 3.5 juta orang selama dua tahun pesawat itu terbang di negara-negara anggota Asean yang akan dipromosi secara menyeluruh dengan menggunakan pesawat AirAsia seperti Aircraft Livery, Inflight Advertisment termasuk Luggage Compartment, Meal Tray Back, Magazine Travel 360 dan portal internet Rokki selain iklan digital di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2).

Laduni Services juga akan menjadi rakan usahasama utama kepada Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) dalam memberi khidmat nasihat dan strategi bagi memastikan agenda dan sasaran Tahun Melawat Kelantan 2020 yang berkonsepkan 3F (Family, Food dan Festival) dapat dicapai," katanya.

-- BERNAMA  

 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel