Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kedai perabot musnah akibat kebakaran


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUANTAN, 24 Sept  — Pemilik sebuah kedai perabot tinggal sehelai sepinggang apabila kedainya di Taman Desa Semantan, Temerloh dekat sini musnah sepenuhnya akibat kebakaran hari ini. 

Eng Kok Keong, 51, berkata kebakaran itu  berlaku sekitar 1 tengah hari dan api merebak begitu pantas menyebabkan beliau dah isteri hanya terfikir untuk keluar menyelamatkan diri. 

"Saya tidak sempat mengambil wang tunai dan dokumen.. tak tahu dari mana berlaku tetapi tiba-tiba sahaja saya  ternampak api di bahagian dalam kedai. 

“Walaupun kedai hangus, tapi saya berterima kasih kerana tiada yang cedera memandangkan semasa itu, tiada pelanggan di kedai,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini. 

Eng yang sudah 25 tahun mengusahakan perniagaan itu berkata setakat ini, beliau masih tidak dapat menganggarkan nilai kerugian yang dialaminya. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad berkata selain kedai perabot, kebakaran turut menyebabkan sebuah kedai perkakasan  terletak bersebelahan musnah 30 peratus. 

"Pihak bomba menerima panggilan pada 1.08 tengah hari dan menggerakkan 36 anggota dan pegawai dari Balai Temerloh, Bukit Angin, Mentakab dan Maran dengan keseluruhan tujuh jentera.

"Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.25 petang dan buat masa ini, punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan" katanya.

 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel