Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Rumah pusaka didiami 20 tahun hangus terbakar


Tarikh kemaskini: 24/09/2019





KUALA TERENGGANU, 24 Sept -- Sebuah rumah pusaka berusia 20 tahun, musnah dalam  kebakaran di Kampung Gelugor Kedai, di sini, hari ini. 

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu dikatakan bermula dari sebuah bilik yang terletak di bahagian tengah rumah berkenaan.

Mangsa, Alias Ngah, 46, yang merupakan seorang buruh berkata beliau hanya mengetahui kejadian itu setelah dihubungi adik iparnya yang tinggal berdekatan.

"Ketika kejadian saya berada di tempat kerja di Kampung Mak Kemas, manakala isteri saya Ruziana Abu Bakar, 40, pula pergi menyiang ikan di kedai keropok dan empat anak ke sekolah.

"Saya bersyukur sebab keluarga saya selamat walaupun rumah yang kami diami ini hangus terbakar, buat sementara waktu, saya akan menumpang di rumah adik," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.17 pagi dan 33 anggota bersama tiga jentera telah diarahkan ke lokasi kejadian.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel