Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Remaja dipercayai penyeludup ketum maut kemalangan


Tarikh kemaskini: 23/09/2019





TANAH MERAH, 23 Sept -- Seorang remaja dipercayai penyeludup ketum maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dinaiki terlibat dalam kemalangan berdekatan simpang empat Kampung Yap Boon Yang di sini awal pagi tadi.

Ketua  Polis Daerah Tanah Merah DSP Suzaimi Mohamad berkata dalam kejadian 5.50 pagi, mangsa berumur 16 tahun itu maut di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki dengan muatan daun ketum bertembung dengan sebuah lori jenis Isuzu yang membawa muatan ikan.

"Siasatan awal mendapati lori terbabit dari arah Jalan Kampung Padang Siam menghala ke Jalan Kampung Wan Ahmad, apabila sampai di tempat kejadian, kereta yang dipandu oleh rakan mangsa berumur 33 tahun keluar ke sebelah kanan simpang sebelum berlaku perlanggaran.

"Kereta mangsa melanggar rusuk kanan lori dan menyebabkan lori terlibat terbalik ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Suzaimi berkata rakan mangsa hanya mengalami kecederaan dengan patah kaki sebelah kanan dan pemandu lori berusia 31 tahun serta penumpang berumur 21 tahun turut mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Tanah Merah.

"Pihak kami dalam proses melakukan ujian air kencing kesemua mangsa cedera selain Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik merampas barang kes (daun ketum) untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

-- BERNAMA

 

 

   

 
 
     
   
 

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     

UMT anjur majlis khas untuk graduan kehilangan ibu pada hari konvokesyen

 
     

Ahmad Zahid arah keluar RM17,953,185.21 bina bangunan Yayasan Akalbudi - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel