Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak lelaki ditemui lemas di Lagun Kuala Ibai


Tarikh kemaskini: 22/09/2019





KUALA TERENGGANU, 22 Sept  -- Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun ditemui lemas di Lagun Kuala Ibai di sini hari ini.

Mayat Fakih Abdul Rahman Mohd Amran, 7, ditemui di dasar lagun pukul 6.33 petang oleh anggota penyelam Jabatan Bomba dan Penyelamat pada jarak 20 meter dari lokasi dia dikatakan lemas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abnijahar berkata kanak-kanak itu dikatakan bersama dua lagi rakan ke lagun itu untuk mandi dan dua daripada mereka dilapor lemas pada kira-kira pukul 5.40 petang.

“Ketika kejadian hanya mangsa dan seorang lagi rakannya mandi manakala seorang lagi berada di atas batu di tepi lagun itu...namun seorang daripada mereka sempat diselamatkan oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel