Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JBPM siap sedia hadapi banjir termasuk di luar jangka


Tarikh kemaskini: 22/09/2019





PASIR PUTEH, 22 Sept – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meletakkan  14,000 anggotanya di seluruh negara bersiap sedia untuk menghadapi banjir termasuk  di luar jangka bermula dari sekarang.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Amer Yusof berkata, ini termasuk fenomena  perubahan angin monsun sebagaimana dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)  yang dijangka bermula Selasa ini.

“JBPM sudah mempunyai jawatankuasa khas mengenainya yang turut membabitkan peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara,” katanya kepada pemberita  selepas menyempurnakan upacara menutup Latihan Amal Ops Mex Kijang Ke-21 di Supply Base, di sini, hari ini.

Seramai 1,000 anggota daripada pelbagai agensi yang berkaitan menyertai  latihan menyelamat  termasuk kapal terbakar, tumpahan minyak dan pencemaran udara.

Semalam MET Malaysia, mengeluarkan kenyataan antara lain perubahan angin Monsun dijangka bermula 24 Sept sehingga awal November depan yang boleh mengakibatkan angin kencang, hujan lebat yang berpotensi berlaku banjir di negeri Pantai Barat Semenanjung, Pantai Barat Sabah dan Barat dan Tengah, Sarawak.

Amer berkata, jika berlaku  banjir besar di sesebuah negeri pihaknya akan mengarahkan negeri-negeri  berjiran membantu termasuk dari segi logistik dan anggota.

Mengenai  latihan itu, beliau berkata,  ia diadakan sebagai menguji kesiapsiagaan pelbagai agensi dalam menghadapi bencana dengan lebih berkesan dan menguji keberkesanan pengurusan bencana berdasarkan mekanisme pengurusan bencana seperti Arahan MKN No 20.

 Katanya, ia juga bertujuan  untuk menguji koordinasi penyaluran bantuan pelbagai agensi termasuk agensi sokongan ketika berlaku bencana.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel